- Details
- Hits: 7198
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan
Sinopsis Program
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini sejajar dengan Akta Makanan 1983, Peraturan- peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang sedang berkuatkuasa. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
- Teknologi pemprosesan hasilan haiwan dan tumbuhan,teknologi minuman, teknologi bakeri dan teknologi konfeksionari,
- Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas,
- Pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan, pengenalan industri makanan yang merangkumi tentang undang-undang makanan serta pensijilan halal yang sering menjadi isu utama dalam pengeluaran makanan, dan
- Pengurusan serta pemasaran hasilan makanan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:-
- Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
- Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
- Pembantu Makmal Usahawan Industri kecil dan sederhana
- Penolong Pengurus Restoran
- Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
- Penolong R&D
- Penolong Pegawai Penyelidik
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
- Diploma Teknologi Makanan
- Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian
4 semester