Sijil Teknologi Elektrik


Sinopsis Program


Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
 
Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.
 

 Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:
 
Juruelektrik
Juruteknik Elektrik
Penolong Penyelia Elektrik
Usahawan

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Elektrik boleh memohon ke program diploma berikut:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
  • Diploma in Mobile Technology (WBL) - Ambilan Januari
  • Diploma in Telecommunication Technology (WBL) - Ambilan Januari
  • Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)
  • Diploma in Electronics Instrumentation Technology (WBL)
  • Diploma in Sound & Lighting Technology (WBL)
  • Diploma in Rail Signalling And Communication Technology (WBL)
  • Diploma in Mechanical Design Technology (WBL)

 


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

Tempoh Pengajian

4 semester